Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

SITI NURAINI YAHYA

6 bulan yang lepas

Sahaja aku berinfak hari ini bagi pihak diriku,suamiku,anak-anakku dan almarhum kedua ibu bapaku kerana Allah SWT. Kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik dan rezeki yang halal lagi berkat untuk kami kongsikan bersama hambaMu yang memerlukan sepanjang hayat kami. Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur serta makbulkanlah segala doa-doa kami Ya Allah... Aamiin YRA

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ADELINE

6 bulan yang lepas

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna. Semoga ini pahala berpanjangan untuk saya sehingga akhir hayat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dunia & akhirat Mohamad Nizam Bin Osman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Allahumma in aka affuwun tuhibbul affwa fafuanni

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah, alhamdulillah segala nikmat yang telah diberikan kepada ku, ampunikanlah dosa-dosaku, ibu bapa ku, saudara-saudara ku, isteri ku dan anak-anak ku. Jauhkanlah kami dari azab api neraka, azab alam kubur, azab di padang mahsyar dan azab di dunia. Berikan lah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta di padang mahsyar. Permudahkan semua urusan kami dan permurahkan lah rezeki kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR RASYEDEAN BIN HJ. NOR HAMDAN

6 bulan yang lepas

Ya Allah, ampunilah dosa² kami, murhkanlah rezki kami, sihatkan kami setiap hari, sembuhkan penyakit kami, angkat penyakit kami ini, jauhi kami dari azab api neraka mu, masukkan kmi ke dlm syurga mu tanpa dihisab, bekati kehidupan kami di dunia & akhirat, bahagiakan kami brsma kluarga kami...amiiin. ya rab

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: