Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
UMEMUNAH BINTI SALLEH
Ya Allah selamatkan bumi palestin dan merdekakanlah mereka dari musuh islam. murahkan lah rezeki mereka. cukupkan lah makan minum meraka. jika mati tempatkanlah mereka didalam syurga mu Ya Allah. Ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami. Aminnn ya robbal alamin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allaah ampuni lah dosa kami sekeluarga dan kaum muslimin muslimat, ketemukan kami dengan malam Lailatul Qadar, anugerahkan kami kehidupan tenang dan baik di dunia dan akhirat, lindungi, rahmati, berkati hidup kami, selamat dunia akhirat. Kurniakan anak menantu yang soleh solehah, berkati perkahwinan, murah rezeki, dilindungi, bahagia dan kurniakan keturunan yang baik, sihat dan soleh solehah.
0 orang mengaminkan doa ini
SITI NURAINI YAHYA
Sahaja aku berinfak hari ini bagi pihak diriku,suamiku,anak-anakku dan almarhum kedua ibu bapaku kerana Allah SWT. Kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik dan rezeki yang halal lagi berkat untuk kami kongsikan bersama hambaMu yang memerlukan sepanjang hayat kami. Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur serta makbulkanlah segala doa-doa kami Ya Allah... Aamiin YRA
0 orang mengaminkan doa ini
SITI NURAINI YAHYA
Sahaja aku berinfak hari ini bagi pihak diriku,suamiku,anak-anakku dan almarhum kedua ibu bapaku kerana Allah SWT. Kurniakanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik dan rezeki yang halal lagi berkat untuk kami kongsikan bersama hambaMu yang memerlukan sepanjang hayat kami. Jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur serta makbulkanlah segala doa-doa kami Ya Allah... Aamiin YRA
0 orang mengaminkan doa ini