Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, pada 8/7/2023, bertempat di pejabat PERKIM BTP, seorang lagi hamba Allah telah kembali ke agama fitrah.
Sudah lama sebenarnya beliau menaruh harapan untuk memeluk Islam, sehingga diberitahu oleh seorang imam Surau bahawa boleh pergi ke PERKIM BTP, mereka boleh membantu.
Setelah dipastikan bahawa beliau dengan penuh sukarela ingin memeluk Islam, beliau telahd disyahadahkan dan mengisi borang pendaftaran sebagai saudara baru.
PERKIM adalah salah sebuah NGO yang diberikan kebenaran untuk mendaftarkan pengIslaman, bukan sahaja setakat dakwah dan syahadahkan seseorang. Kelebihannya ialah kami boleh syahadahkan dan rekodkan pengIslaman 7 hari seminggu, bukan ikut waktu pejabat sahaja.
Tetapi, PERKIM BTP menjalankan aktiviti termasuk dakwah, syahadah dan pendaftaran pengIslaman serta susulan dari itu iaitu bimbingan dan menjaga kebajikan muallaf, hanya bergantung 100% dari sokongan orang ramai.
Ayuh tuan / puan, tolong kami untuk terus berdakwah dan bersedia menerima sesiapa ingin memeluk Islam tidak kira hari dan masa.
Muallaf juga dipastikan mereka tidak rasa terpinggir dan bersendirian menyambut hari raya. PERKIM menganjurkan konsep muallaf masa makanan tradisi dan hidangkan kepada orang ramai untuk majlis rumah terbuka.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
PERKIM BTP amat bergantung penuh dengan sokongan anda.
Jom bantu suburkan dakwah dan kebajikan ummah bersama PERKIM BTP.
Assalamualaikum, rangkuman aktiviti PERKIM BTP sepanjang Ramadhan 1444H. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang.
Jangan lupa Sedekah Jumaat hari ini juga adalah Sedekah Ramadhan dan gandakan sedekah anda dengan berwakaf tunai!
Saksikan video program ramah mesra bersama 15 keluarga Muallaf Orang Asli (hampir 100 orang dewasa dan kanak-kanak ke semuanya). Turut diadakan tazkirah, persembahan kanak-kanak, iftar, Solat Maghrib berjemaah, makan malam, dan sumbangan Ramadan dan Hari Raya.
Insya Allah, dengan sokongan anda, PERKIM BTP akan mulakan Kelas Fardu Ain Muallaf Orang Asli bermula Mei 2023.
Mohon sokongan dan sumbangan anda semua.
Anda menyumbang sekarang, anda juga dapat ganjaran sedakah Ramadan.
3//2023, Alhamdulillah, hari ini menyampaikan kurma untuk Kg Orang Asli Hulu Kuang yang diterima oleh wakil dari Kg tersebut. Di kampung ini penduduknya 70% sudah Islam namun pengajian untuk Muallaf di sini terhenti sejak 2 tahun.
Turut hadir ialah Ustaz Faris, yang akan menjadi tenaga pengajar PERKIM BTP di Kg Orang Asli.
Turut dibincangkan dalam pertemuan di Darul Fitrah, PERKIM BTP ini ialah pelaksanaan aktiviti Ramadhan.
Insya Allah, dengan sokongan dan doa anda, PERKIM BTP akan menghidupkan kembali kelas fardu ain muallaf di sini.
Kami amat memerlukan sokongan anda.
Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan yang mulia, PERKIM BTP telah mengadakan ziarah kasih ke Perkampungan Orang Asli Hulu Kuang, lebih kurang 18km dari PERKIM BTP. 70% penduduk di sini sudah memeluk Islam, hasil dakwah berbagai pihak sebenarnya.
Kami telah dimaklumkan bahawa kelas Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM) di sini sudah 2 tahun tidak diadakan. Insha Allah, PERKIM BTP akan berusaha untuk menghidupkan kembali kelas KFAM ini setelah perbincangan lanjut dengan Tok Batin. Ramadhan ini kami akan mendekati dan menyantuni semula Muallaf di sini dan memujuk mereka untuk kembali ke KFAM ini kelak.
Terima kasih atas sokongan anda ke atas PERKIM BTP.
Insha Allah, setiap sumbangan anda akan membantu suburkan dakwah dan kebajikan dan sebarkan salam melalui PERKIM BTP.
Alhamdulillah pada pagi 16 Mac 2023 bersamaan 23 Syaaban 1444H, seorang lagi hamba Allah telah kembali ke agama fitrah iaitu saudara Ronald Anak James. Beliau telah dibimbing bersyahadah oleh Pengerusi PERKIM BTP sendiri dengan disaksikan oleh Dr Zainudin Hashim, Tokoh Agama PERKIM BTP.
Saudara Ronald kini mengambil nama Muhammad Ronald bin James.
Tahun ini kita menerima 10 muallaf yang baru memeluk Islam disamping 43 lagi muallaf yang telah memeluk Islam lebih setahun. Ini tidak termasuk ramai lagi muallaf yang telah pun 'disiswazahkan' sebagai mukallaf.
Alhamdulillah, pagi ini PERKIM BTP telah melaksanakan Mesyuarat Agung Kali Ke 15 di Darul Fitrah, PERKIM BTP.
Antara kejayaan besar PERKIM BTP tahun 2022 ialah telah dinobatkan sebagai Cawangan PERKIM terbaik secara keseluruhan di Selangor dan juga sebagai Cawangan ke 3 paling banyak aktiviti di Selangor.
PERKIM BTP juga telah dicadangkan supaya diberikan tauliah oleh MAIS untuk mendaftarkan PengIslaman di pejabat Darul Fitrah PERKIM BTP. Jika dibenarkan MAIS kelak, PERKIM BTP boleh melaksanakan pendaftaran pengIslaman bila-bila masa tanpa terikat dengan waktu pejabat. Maka mereka yang bekerja dan sukar mengambil cuti boleh didaftarkan 7 hari seminggu. Sebelum ini PERKIM BTP hanya boleh syahadahkan seseorang, kemudian pendaftaran dilaksanakan di Pejabat Agama Gombak mengikut waktu pejabat sahaja.
Perwakilan juga sebulat suara setuju beberapa aktiviti baru yang telah dicadangkan antaranya ialah Dialog Perpaduan antara PERKIM BTP dan Non Muslim, Latihan Dakwah Islamiah (LADI) diteruskan, Kelas Bimbingan Mukallaf untuk Muslim yang masih kosong ilmu Islam dan langsung tidak tahu mengaji Al-Quran.
Terima kasih atas sokongan anda kepada PERKIM BTP.
Sumbangan anda lah menggerakkan PERKIM BTP sehingga menjadi Cawangan PERKIM terbaik di Selangor untuk tahun 2022 yang lalu.
PERKIM BTP BANTU GEMPA BUMI TURKI
Alhamdulillah, pagi ini PERKIM BTP menghantar beberapa AJK ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur untuk membantu pihak BeVital menurunkan dan menyusun barang-barang bantuan untuk mangsa gempa bumi Turki. Insya Allah barang-barang ini akan dihantar oleh kedutaan ke Turki dan disalurkan bantuan kepada mangsa melalui AFAD.
Terima kasih atas sokongan anda kepada PERKIM BTP.
PERKIM akan sentiasa membantu apa sahaja yang termampu tanpa terhad kepada dakwah dan bimbing muallaf sahaja.
PERKIM BTP BANTU GEMPA BUMI TURKI
Alhamdulillah, pagi ini PERKIM BTP menghantar beberapa AJK ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur untuk membantu pihak BeVital menurunkan dan menyusun barang-barang bantuan untuk mangsa gempa bumi Turki. Insya Allah barang-barang ini akan dihantar oleh kedutaan ke Turki dan disalurkan bantuan kepada mangsa melalui AFAD.
Terima kasih atas sokongan anda kepada PERKIM BTP.
PERKIM akan sentiasa membantu apa sahaja yang termampu tanpa terhad kepada dakwah dan bimbing muallaf sahaja.
PERKIM BTP BANTU GEMPA BUMI TURKI
Alhamdulillah, pagi ini PERKIM BTP menghantar beberapa AJK ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur untuk membantu pihak BeVital menurunkan dan menyusun barang-barang bantuan untuk mangsa gempa bumi Turki. Insya Allah barang-barang ini akan dihantar oleh kedutaan ke Turki dan disalurkan bantuan kepada mangsa melalui AFAD.
Terima kasih atas sokongan anda kepada PERKIM BTP.
PERKIM akan sentiasa membantu apa sahaja yang termampu tanpa terhad kepada dakwah dan bimbing muallaf sahaja.
PERKIM BTP BANTU GEMPA BUMI TURKI
Alhamdulillah, pagi ini PERKIM BTP menghantar beberapa AJK ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur untuk membantu pihak BeVital menurunkan dan menyusun barang-barang bantuan untuk mangsa gempa bumi Turki. Insya Allah barang-barang ini akan dihantar oleh kedutaan ke Turki dan disalurkan bantuan kepada mangsa melalui AFAD.
Terima kasih atas sokongan anda kepada PERKIM BTP.
PERKIM akan sentiasa membantu apa sahaja yang termampu tanpa terhad kepada dakwah dan bimbing muallaf sahaja.
Ramai Muallaf kerja biasa-biasa datang belajar di kelas fardu ain adalah perkara biasa.
Kali pertama seorang doktor perubatan juga turut hadir, beliau juga adalah muallaf. Kehadiran beliau menjadikan kelas lebih mencabar dan lebih mantap kerana soalan-soalan dari beliau amat padu dan tinggi. Alhamdulillah, beliau amat istiqomah dengan Islam sehingga pernah dipulau oleh rakan-rakan doktor yang lain dan saudara mara.
Jom bantu PERKIM BTP untuk sebarkan Islam, tarbiyah mereka yang memerlukan bimbingan dan bantu mereka yang memerlukan bantuan.
Tonton video ini, PERKIM BTP juga aktif membantu kawasan dilanda banjir terutama ketika banjir besar.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Alhamdulillah, 26 December 2022 sekali lagi PERKIM BTP telah menghantar sumbangan bantuan banjir. Kali ini kami menuju ke salah satu negeri di pantai timur iaitu Kelantan.
Di sini kami telah menuju ke beberapa tempat di sekitar Kelantan.
Tempat pertama, kami menuju ke Kampung Kok Kebik, Tumpat di mana sebanyak 20 set barang dapur diagihkan.
Tempat kedua, kami ke Kelaboran, Tumpat di mana sebanyak 13 set barang dapur diagihkan.
Tempat ketiga, kami ke Kijang Sebidang, Tumpat di mana sebanyak 50 set barang dapur diagihkan.
Tempat keempat dan terakhir, kami ke Jejawi, Pasir Mas di mana sebanyak 40 set barang dapur diagihkan.
Semoga usaha ini kami diberkati Allah SWT.
Tanggal 18 Dis 2022, PERKIM BTP buat pertama kalinya telah mengadakan ziarah mahabah ke Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong dengan menyantuni penduduk setempat dan memberi jajan dan roti untuk kanak-kanak orang Asli di sini. Lebih 85% penduduk sini sudah memeluk Islam tetapi majoriti perlukan bimbingan berterusan.
Inn Sha Allah, PERKIM BTP akan menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat.
Doakan kami agar hasrat murni ini tercapai.
#perkimbtp
#bukitlagong
Tanggal 18 Dis 2022, PERKIM BTP buat pertama kalinya telah mengadakan ziarah mahabah ke Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong dengan menyantuni penduduk setempat dan memberi jajan dan roti untuk kanak-kanak orang Asli di sini. Lebih 85% penduduk sini sudah memeluk Islam tetapi majoriti perlukan bimbingan berterusan.
Inn Sha Allah, PERKIM BTP akan menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat.
Doakan kami agar hasrat murni ini tercapai.
#perkimbtp
#bukitlagong
Tanggal 18 Dis 2022, PERKIM BTP buat pertama kalinya telah mengadakan ziarah mahabah ke Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong dengan menyantuni penduduk setempat dan memberi jajan dan roti untuk kanak-kanak orang Asli di sini. Lebih 85% penduduk sini sudah memeluk Islam tetapi majoriti perlukan bimbingan berterusan.
Inn Sha Allah, PERKIM BTP akan menjadikan perkampungan orang Asli ini sebagai kampung angkat.
Doakan kami agar hasrat murni ini tercapai.
#perkimbtp
#bukitlagong
16 - 18 Disember 2022
Alhamdulillah, PERKIM BTP telah menghantar 4 orang Muallaf untuk kursus induksi anjuran LZS.
Kursus ini khas untuk mereka yang memeluk Islam 3 tahun ke bawah.
Alhamdulillah, 3 AJK PERKIM BTP telah dilantik sebagai Panel Istitabah di bawah MAIS untuk menyantuni dan berdakwah mereka yang telah memohon untuk murtad tetapi ditolak oleh Mahkamah Syariah.
Satu bengkel telah diadakan oleh MAIS dan Jabatan Mufti Selangor untuk memantapkan gerak kerja Panel-Panel ini.
Usaha PERKIM BTP selama ini bukan sahaja berdakwah orang masuk Islam, juga berdakwah mereka yang ingin meninggalkan Islam. Dengan perlantikan 3 AJK ini, maka PERKIM BTP mampu menjalankan gerak kerja dengan lebih terancang dengan sokongan MAIS.
Kini terpulang kepada anda untuk membantu usaha-usaha dakwah PERKIM BTP demi selamatkan umat manusia dari api neraka. Kita adalah benteng terakhir sebelum umat manusia itu memilih untuk beriman atau kufur.
Setia ringgit anda sedekah untuk PERKIM BTP, adalah sumbangan anda untuk suburkan dakwah!
Pengerusi PERKIM BTP dilantik MAIS untuk menjalankan proses istitabah ke atas individu yang mana permohonan untuk murtad telah ditolak oleh Mahkamah Syariah. Ini hanya satu dari banyak lagi kes, ini tidak termasuk mereka yang murtad tanpa memohonnya di Mahkahmah dan beramal dengan amalan orang tidak beriman.
Inilah antara peranan besar dimainkan oleh PERKIM iaitu selain berdakwah kepada Islam,perlu juga memantau dan mencegah mereka yang telah Islam dari murtad pula.
Ayuh tuan / puan sokong PERKIM BTP.
Alhamdulillah, 2 orang lagi muallaf dari PERKIM BTP telah menjalani Kursus Bimbingan Asas di Baitul Hikmah, Ulu Yam. Dalam kursus 3 hari 2 malam ini mereka diajar secara insentive Tauhid, cara berwuduk, solat praktikal dan lain-lain.
Selepas ini mereka akan menghadiri juga kelas fardu ain 3 kali seminggu di PERKIM BTP.
Seramai 45 orang muallaf menghadiri kelas bimbingan anjuran PERKIM BTP.
Tanpa sumbangan dan sokongan anda, kami tidak mampu terus membimbing mereka bukan sahaja menjalankan kelas juga membantu kebajikan mereka.
Semoga Allah menggantikan infaq anda dengan harta yang lebih baik.
Alhamdulillah, pagi tadi di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor, PERKIM BTP diberikan anugerah cawangan PERKIM yang terbaik di Selangor.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Hampir 90% aktiviti dijalankan oleh PERKIM BTP adalah sumbangan dari tuan / puan yang dermawan lagi budiman. Jika tidak, tiadalah begitu banyak aktiviti kami laksanakan.
Anugerah ini adalah untuk anda semua yang menyumbang. Tahniah.
Alhamdulillah, pada 15/10/2022 PERKIM BTP terlibat street dakwah di sekitar Klang. Dilaporkan seorang hamba Allah telah disyahadahkan.
Terima kasih sumbangan anda kepada PEEKIM BTP.
Sekecil mana pun sumbangan anda pasti akan suburkan dakwah dan kebajikan dilaksanakan oleh PERKIM BTP.
Baru belajar iqra.
Alhamdulillah kelas fardu ain Muallaf berjalan atas sumbangan hamba-hamba Allah yang dermawan. Terdapat 44 Muallaf mengikuti kelas bimbingan ini.
Muallaf ini terdiri dari kaum Cina, India, Iban, Bidayuh, Dusun, Sino-Kadazan, Thailand, Nepal dan Sri Lanka.
Insya Allah, jika ada bajet kelas fardu ain mukallaf akan dimulakan setiap pagi Ahad. Ini khusus untuk mereka yang lahir Islam tetapi tidak tahu mengaji, jahil agama dan ingin kembali ke pangkal jalan. Ramai juga telefon kami supaya bantu mereka mengaji.
Segala sumbangan anda semoga Allah gantikan dengan lebih baik.
Video berkaitan Street Dakwah Sebarkan Rahmat Maulidur Rasul 1444H / 2022.
Beginilah infaq anda bermanfaat untuk suburkan dakwah.
Dengan izin Allah, kami telah melaksanakan 7 pengIslaman dan memulihkan 2 kes murtad.
Kami juga kini ada 45 orang Muallaf dibimbing melalui kelas fardu ain muallaf.
Terima kasih kepada anda yang menyumbang kepada PERKIM BTP.
Kami amat memerlukan dana untuk terus berjihad untuk agama kita ini.
Program Sebarkan Rahmat Sekalian Alam Maulidur Rasul
Alhamdulillah, walaupun hujan, program ini dapat dilaksanakan pagi dan petang kerana keterujaan menyambut Maulidur Rasul.
PERKIM BTP telah melaksanakan program memberikan hadiah kepada Non Muslim bagi berkongsi kegembiraan kita lahirnya Nabi yang agung dan mulia sambil memberi mesej baginda adalah rahmat sekalian alam.
Terima kasih atas sokongan anda semua kepada PERKIM BTP yang membolehkan kami melaksanakan program seperti ini.
#dakwahbilhal
#sebarkansalam
#perkimbtp
2/10/2022
Bermula kelas fardu ain muallaf untuk sesi bulan Oktober.
Antara yang menghadiri kelas fardu ain muallaf ialah sekeluarga yang memeluk Islam iaitu ibu, ayah dan anak-anak. Terdapat 3 keluarga seperti ini.
Anak-anak juga diajar mengaji dan fardu ain.
Insya Allah, setiap ringgit anda sumbangkan kepada PERKIM BTP akan digunakan untuk membimbing dan membantu Muallaf yang baru mengenal Islam. Insya Allah ini sedekah jariah anda.
Setiap sumbangan anda tersebut semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik, aamiin.
Antara aktiviti dilaksanakan oleh kami ialah bantuan untuk mangsa banjir khusysnya golongan B40.
Musim tengkujuh sudah hampir dan pihak berkuasa telah meminta semua pihak termasuk NGO bersiap siaga.
Ayuh tuan / puan bantu kami.
Nota: Imej dikaburkan demi keselamatan mereka kerana baru memeluk Islam, mungkin diganggu saudara mara.
12/9/2022, alhamdulillah, hari ini menghantar terus ke rumah surat pendaftaran pengIslaman saudara Abu yang baru memeluk Islam bersama anak-anak. Beliau seorang tukang gunting dan dia bersetuju selepas ini akan melatih muallaf-muallaf yang berminat untuk belajar cara gunting rambut.
PERKIM BTP ingin merayu sumbangan anda untuk terus suburkan dakwah dan sebarkan salam Islam kepada non-Muslim dan juga Muslim.
Semoga Allah ganti infaq anda kepada PERKIM BTP dengan yang lebih baik. Aamiin.
5/9/2022, Darul Fitrah, PERKIM BTP
Alhamdulillah, pada hari ini sekeluarga yang terdiri dari suami, isteri dan 3 orang anak telah memeluk Islam dan terus didaftarkan. Insya Allah lagi ada seorang lagi akan memeluk Islam dalam masa terdekat.
Terima kasih sokongan anda semua kepada PERKIM BTP.
Jom bantu suburkan dakwah melalui PERKIM BTP.
Alhamdulillah, selesai kelas fardu ain muallaf sesi yang ke 13 bulan Ogos 2022. Dari 41 muallaf, hanya 20-25 yang hadir ke kelas. Adakalah hanya 10 orang. Inilah cabaran tarbiyah muallaf kerana mereka memeluk Islam atas berbagai sebab. Tugas kitalah memahamkan mereka agama yang suci ini.
Untuk itu, sokongan anda amat diperlukan untuk menampung kos menjalankan kelas ini, termasuk kos pengankutan sebahagian muallaf yang tinggal agak jauh dan tiada kenderaan untuk hadir ke kelas. PERKIM BTP sediakan kerena untuk ambil dan hantar balik mereka ini.
Terima kasih kepada anda semua yang telah dan akan memberi sumbangan yang amat membantu untuk teruskan kelas ini.
1/8/2022, Bank Islam
Alhamdulillah, PERKIM BTP membantu adik ini membuka akaun simpanan bagi memudahkan Lembaga Zakat Selangor menyalurkan bantuan bulanan.
Ini antara muallaf yang baru setahun memeluk Islam tetapi tiba-tiba hendak murtad dan telah tinggal di rumah kebajikan kristian. Dia baru sahaja masuk umur 18 tahun, maka kami semakin risau kerana dia sudah dikira dewasa.
Alhamdulillah, dengan izin Allah PERKIM BTP bersama MAIS serta ibubapa mereka berjaya memujuk adik ini untuk kembali ke agama fitrah. Beberapa siri ziarah dan pujuk akhirnya dapat meyakinkan adik ini Islam sahaja agama yang mampu membantu dia dan keluarga di dunia dan akhirat.
Adakala bukan kerana mereka tidak percaya kepada agama Islam, adik ini 2 kali telah syahadah dan dengan sendirinya telah pergi pejabat agama untuk mendaftarkan pengIslaman. Mana mungkin dia hendak murtad begitu sahaja? Tetapi kemiskinan ibubapa dan tekanan kewangan mendorong mereka cuba kembali ke agama lama. SPM terlepas, kami sedangkan usahaka dia daftar semula untuk SPM.
Sebenarnya, selepas memeluk Islam dia lihat jauh beza antara institusi kristian dan Islam. Gereja sediakan van untuk ambil dan hantar dan menyantuni penganut mereka dengan begitu mewah.
PERKIM BTP setakat ini belum mampu beli van second hand pun! Impian kami untuk bersaing belum tercapai. Ramai muallaf yang tidak mampu hadir kelas bimbingan kerana jauh dan tiada kenderaan.
Namun, berita baik, PERKIM BTP telah mendapatkan kereta sewa untuk ambil muallaf luntuk hadir ke kelas bimbingan dan dibayar oleh PERKIM BTP. Kami mampu sewa kereta dengan pemandu kerana adanya sedekah dan infaq dari anda semua.
Ayuh tuan / puan bantu kami walau RM1.
Badan-badan kristian mampu kehadapan kerana kekuatan kewangan.
NGO Islam bukan tidak mampu buat kerja seperti kristian, tetapi kekangan dana?
Jom tuan / puan yang dermawan, infaq dan sedekah kepada PERKIM BTP seadanya.
Salam Juma'at!