YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 08, 2022

INFAQ BANTUAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM PIATU

RM3,805 / 54.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

181 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu keperluan anak-anak tahfiz yatim piatu. Jom kita bantu mereka agar pemeliharaan kalam Allah terus subur di bumi Malaysia ini!


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya kelebihan dan ganjaran bagi mereka yang memelihara dan berbuat baik terhadap anak yatim terlalu besar sepertimana sabda Rasulullah SAW:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat Al-Tirmidzi dari Ibnu Abbas).


Namun sekiranya anak yatim tersebut adalah golongan yang dimuliakan Allah SWT kerana mereka adalah penghafaz Al-Quran maka diharapkan ganjaran yang lebih besar diperoleh bagi yang memelihara mereka Insyaallah.



Ziarah skuad kami ke beberapa pusat tahfiz persendirian di Johor baru-baru ini menemui anak-anak tahfiz yatim dan sebahagiannya adalah yatim piatu yang belajar dan menghafaz Al-Quran. Di pusat itu, mereka diberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal secara percuma atas ihsan sumbangan orang ramai bagi membolehkan pusat tahfiz tersebut beroperasi. Pusat-pusat ini beroperasi hanya melalui sumbangan dan sedekah orang ramai. 



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak tahfiz yatim piatu ini, maka pihak yayasan melalui program santuni anak-anak tahfiz yatim akan menyalurkan bantuan keperluan harian berbentuk makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Bantuan ini akan mensasarkan empat buah pusat tahfiz persendiran di beberapa kawasan di Negeri Johor bagi menampung sedikit keperluan untuk anak-anak tahfiz yatim piatu yang berjumlah 200 - 250 orang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak tahfiz yatim piatu ini dapat menghafaz dan mempelajari Al-Quran dengan sempurna. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran dan keampunan dari Allah SWT. 



Firman Allah SWT yang maksudnya : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”. (Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 09, 2022

Kempen Sumbangan Tamat