YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 23, 2023

INFAQ JUMAAT RAMADHAN UNTUK ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF

RM550 / 6.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersempena bulan Ramadhan ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas harian untuk anak-anak tahfiz asnaf. Jom bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sesungguhnya kemuliaan bagi mereka yang belajar dan mendalami serta menghafaz Al-Quran mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah Allah sambil membaca Al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka.” (HR. Muslim)



Ziarah kami ke beberapa pusat tahfiz persendirian di sekitar negeri Johor baru-baru ini telah menemui anak-anak tahfiz mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Sebahagian mereka adalah anak yatim miskin dan sebahagian lagi adalah anak-anak asnaf. Pusat-pusat tahfiz ini beroperasi dengan bantuan dan derma orang ramai. Di pusat-pusat tahfiz inilah, anak-anak belajar, bergaul dan bermesra bersama rakan-rakan dan ustaz serta menjalani kehidupan seharian dengan penuh ukhwah demi mencari redha Allah SWT.



Bersempena bulan Ramadhan ini, maka pihak Yayasan akan menyalurkan bantuan keperluan seperti Quran, buku dan peralatan menulis, minyak wangi yang boleh dibawa solat, produk pembersihan seperti sabun mandi, berus gigi dan sebagainya serta keperluan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit duit poket. Bantuan ini akan mensasarkan anak-anak tahfiz yang berjumlah 150 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di beberapa kawasan di negeri Johor.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama merebut peluang menjayakan program Infaq Jumaat Ramadhan ini demi melihat anak-anak tahfiz asnaf yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar serta keampunan dari Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fathir:29)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 27, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2023

ALLAHYARHAMAH AMNAH ABDULLAH, ALLAHYARHAM BAKHTIAR EFFENDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat