Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,805 / 30.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
77 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, Kemiskinan adalah dugaan bukan sahaja kepada mereka yang miskin tetapi ia juga merupakan dugaan kepada mereka yang memiliki harta. Setiap manusia akan menerima ujian daripada Allah SWT sama ada dalam bentuk kesusahan atau ujian kesenangan. Tanggungjawab mereka yang memiliki harta adalah menginfaqkan harta mereka kepada golongan yang susah.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 254 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim..”
Melihat kehidupan yang susah dan memerlukan bantuan bagi penduduk di kawasan pinggir bandar, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Jumaat minggu ini akan menyalurkan pemberian bantuan makanan asas seperti beras, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta keperluan harian lain termasuk sedikit duit belanja untuk golongan asnaf dan orang susah yang berada di kawasan pinggir bandar Klang, Selangor.
Majoriti penduduk di kawasan ini adalah nelayan kecil dan pekerja kilang. Mereka sangat memerlukan bantuan dan sumbangan dari kita untuk kelangsungan hidup terutama ketika keadaan ekonomi negara kita tidak begitu memberangsangkan.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini demi manfaat golongan asnaf dan orang susah yang sangat memerlukan bantuan. Semoga dengan sedikit bantuan yang dihulur ini, kita diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi S.A.W. juga ada bersabda: "Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya". (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah: 261)
Terima Kasih. Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
CHE KAMARIAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 10, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2022