Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,219 / 20.32 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
66 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sesungguhnya, jumlah pesakit buah pinggang di negara ini adalah ramai. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan bahawa pesakit kegagalan fungsi buah pinggang di Malaysia dijangka akan mencecah 106,000 orang menjelang tahun 2040.
Assalamualaikum Wbt, Penyakit kegagalan buah pinggang merupakan satu benda yang tidak asing lagi di negara kita. Kos bagi rawatan pesakit dialisis adalah besar dan mereka memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi meneruskan kehidupan. Bagi mereka yang ‘berada’, mungkin kos rawatan dan perbelanjaan untuk meneruskan kehidupan sudah pasti tidak akan menjadi masalah.
Namun, bagi mereka yang susah dan dikategorikan sebagai golongan asnaf, kos rawatan sudah pasti membebankan. Walaupun bagi pesakit dialisis dalam kategori asnaf akan dibantu oleh Pusat Zakat ataupun Perkeso/Socso namun, bantuan yang diberi tidak termasuk untuk kos pengangkutan dan ubat-ubatan tambahan.
Menyedari akan kekurangan ini, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program Infaq Bantuan, terpanggil untuk membantu pesakit-pesakit dialisis dari golongan asnaf ibu tunggal yang tidak mempunyai keluarga atau waris dengan menyalurkan bantuan dari segi bantuan kos pengangkutan ke pusat dialisi iaitu tiga kali seminggu, bantuan untuk pembelian ubat-ubatan tambahan yang diperlukan serta bantuan makanan asas.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit-pesakit buah pinggang dari kalangan ibu-ibu tunggal asnaf ini kerana mereka juga perlu dibantu. Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini, Allah SWT akan merahmati kita semua.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat” (Hadis Riwayat Muslim).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik lagi ikhlas, akan digandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”. (Surah Al-Hadid : 18)
Sekian. Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2022
MR BERUANG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2022
MOHD AKMAL BIN AZHAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 13, 2022