Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM350 / 5.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sebahagian golongan ibu tunggal adalah golongan susah dan miskin. Ditambah pula ada di kalangan mereka yang mempunyai ramai anak yang masih kecil. Sesungguhnya kehidupan adalah cubaan kerana sebahagian mereka dahulunya hidup mewah dan senang bersama suami, namun apabila suami telah tiada, mereka seperti hilang arah bagi menjalani kehidupan yang segala-galanya memerlukan perbelanjaan. Walaupun sebahagian mereka ini berkerja namun perkerjaan mereka adalah pekerja bawahan seperti tukang sapu, pembantu kedai makan dan operator kilang. Pendapatan mereka amat minimum untuk menyara keluarga.
Baru-baru ini, pihak kami telah mengadakan program sumbangan untuk ibu-ibu tunggal yang berada di Lembah Klang. Mereka tinggal di bandar namun mereka adalah golongan asnaf. Sebahagian mereka membesarkan anak-anak yang masih bersekolah dengan pendapatan yang amat terhad. Sebahagian lagi adalah pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis. Mereka amat memerlukan pertolongan dan simpati kita untuk terus hidup.
Atas rasa simpati terhadap golongan ibu tunggal asnaf ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan terus mengadakan program bantuan bagi golongan ibu-ibu tunggal asnaf dengan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan sebagai usaha untuk meringankan kepayahan hidup yang sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang ibu tunggal yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan ibu tunggal asnaf. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar serta keampunan dari Allah SWT. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Orang yang berusaha memenuhi keperluan ibu tunggal dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi Sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajud dimalam hari."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
GAN THIAM SENG
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2023