Assalamualaikum. Desawarsa ini, kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dikalangan asnaf, B40, mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.
Walaupun harga naik, namun, rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi, dikala ini, kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi mencegah dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa. Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan bagi kebersihan diri.

Namun, kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil.

Sasaran kami adalah agar dapat membantu mereka dengan mengumpul dana sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban mereka. Atas sebab ini, pihak persatuan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:
1. Warga emas
2. Asnaf
3. OKU
4. Pesakit terlantar
5. Mereka yang sangat memerlukan

Sesuai dengan Sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini