MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 30, 2024

JOM BERINFAQ TELUR AYAM KEPADA ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM95 / 3.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

5 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH REBUTLAH PELUANG UNTUK MENAMBAHKAN PAHALA DENGAN BERINFAQ TELUR AYAM UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN-NYA.


Assalamualikum wbt. Saya mewakili pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berhasrat untuk memohon sumbangan membantu anak-anak tahfiz dengan berinfaq serendah RM10 bagi membantu anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini mendapat bekalan makanan yang mencukupi seperti telur dan beras sebagai makanan harian kerana anak-anak terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan.



Telur termasuk bahan makanan yang paling serbaguna dalam masakan. Sehubungan itu, pihak maahad melancarkan kempen ini dengan berinfaq dana bagi tujuan berikut agar pelajar-pelajar di sini mendapat bekalan makanan yang mencukupi supaya mereka dapat belajar dengan selesa dan menumpukan perhatian mereka untuk belajar dengan sempurna.



Untuk makluman, mereka memerlukan sumber makanan yang bernutrisi dan berkhasiat untuk mendapat tubuh badan yang sihat, kuat dan mendapat keupayaan fizikal yang baik dan juga berkualiti agar mereka menjadi seorang manusia yang boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan juga sempurna.



Mental dan fizikal seseorang manusia itu bergantung kepada pemakanan yang diambil setiap hari, kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menyebabkan mental tidak cukup cerdas dan mudah letih. Ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan sesuatu dengan lebih efektif.



Oleh itu , pihak maahad berharap dan menyeru kepada para-para penyumbang yang budiman supaya saling taa’wun (tolong-menolong) untuk membantu anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini, yang serba kekurangan untuk belajar dengan sempurna. Semoga mereka tidak ketinggalan jauh dalam menuntut ilmu seperti pelajar-pelajar yang lain yang kurang berkemampuan.


“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 05, 2024

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 30, 2024

Kempen Sumbangan Tamat