Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,075 / 2.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
48 Penyumbang
Kempen Berakhir!
CARA CEPAT KAYA MELALUI JALAN KEBERKATAN?
Assalamualaikum wbt. Kekayaan manusia termasuk dalam rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Walaupun rezeki ini ditetapkan oleh Allah SWT, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan, kita semestinya menginginkan rezeki yang secukupnya ataupun lebih.
Sedekah merupakan salah satu amalan yang boleh mendatangkan rezeki kepada kita. Membantu orang yang memerlukan, Allah pasti akan membantu kita saat kita memerlukanNya. Lebih banyak kita bersedekah, inshaAllah lebih banyak kita akan menerimanya. Amalan bersedekah ini amat dimuliakan oleh Allah SWT. Ini kerana dengan bersedekah bermakna kita peduli akan sesama manusia dan Allah menyukasi hambaNya yang pedulikan makhluk yang diciptakanNya. Ini telah dibuktikan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah Al-Baqarah: 195)
Kami dengan berbesar hati ingin memanggil anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan ke arah saham akhirat dimana membangunkan salah satu masjid di Desa UNAIS sebagai salah satu pusat pengajian warga dewasa. Pusat ini akan menempatkan warga dewasa dalam mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan semasa hari tua.
Kami akan mengumpul dana ini secara rutin sehingga dana yang diperlukan dipenuhi. Dari segi usaha mengumpul dana secara keseluruhan, kita telah berusaha mencari alternatif lain yang disyariatkan agama tanpa perlu meminjam dana bank, sudah tentu ada unsur riba. Tetapi kami juga tidak menutup diri, lebih-lebih lagi ini untuk kepentingan umat, kami juga telah berusaha untuk membeli tanah melalui pembiayaan bank Islam yang mana bank itu adalah tempat simpanan dana yang kami uruskan daripada penderma. Namun pembiayaan ini tidak boleh diluluskan kerana institusi yang kami uruskan adalah institusi bukan untung dan belum mempunyai badan amal perniagaan tetapi semua dana untuk aktiviti institusi diperoleh daripada penderma.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum WBT..
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DIKASIHI.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, duit yang telah di sumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan telah pun kami gunakan untuk meratakan tanah sedang dijalankan. kami mohon kepada tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu kami untuk menjayakan pembangunan madrasah aminnn..
assamualaikum wbt
Dengan sumbangan yang sudah disumbang dana tersebut banyak dapat membantu yayasan amal maaruf malaysia. Kami sangat bersyukur dengan sumbangan yang telah Anda berikan. Terima kasih banyak.
Assalamualaikum wbt
Kami sangat bersyukur dengan sumbangan yang telah Anda berikan. Terima kasih banyak.