MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 19, 2024

TABUNG INFAQ BEKALAN AIR BERSIH MAAHAD TAHFIZ

RM150 / 5.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MELABUR SAHAM AKHIRAT DENGAN MENYEDIAKAN BEKALAN AIR BERSIH BUAT PENGHAFAZ AL-QURAN AGAR MEMPEROLEH REDA ALLAH SWT.


Kami dari Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak dan menyeru kepada anda semua turut serta dalam memberikan sumbangan infaq seikhlas hati bagi menyediakan bekalan air bersih demi memastikan anak-anak yatim tahfiz dan asnaf dapat belajar ilmu dengan selesa dan aman.


Air merupakan keperluan asas kepada para pelajar di sini. Selain dijadikan sebagai penyucian dalam ibadah seperti berwuduk, istinjak, dan mandi wajib. Air juga diperlukan dalam aktiviti harian mereka seperti minuman, membasuh pakaian, memasak makanan, pembersihan badan dan projek kerja pembangunan di maahad ini.



Sejak kebelakangan ini, sering berlaku gangguan bekalan air bersih kerana keadaan cuaca yang panas dan kadang kala berpunca daripada penyelenggaraan perpaipan di kawasan terdekat. Pihak maahad telah membuat inisiatif dengan menyediakan tangki simpanan air bersih bagi mengatasi masalah tersebut.


Walau bagaimana pun dalam menyediakan simpanan bekalan air ini, pihak maahad terpaksa berdepan dengan kenaikan bil air. Oleh yang demikian, berkat infaq yang mulia ini sedikit sebanyak membantu meringankan kos pembayaran bil air di maahad ini seterusnya menjadikan proses pembelajaran pelajar berjalan dengan lebih lancar dan stabil.



Sehubungan itu,kami pihak maahad amat mengalu-alukan sumbangan kalian sama ada kecil ataupun besar dalam memberi keselesaan bagi anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini dalam menimba ilmu agama. Sumbangan tersebut bukan sekadar membantu dalam memberi kemudahan kepada anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini, bahkan akan menghadirkan ganjaran pahala yang berlipat ganda.



Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah air". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


Akhir kata, marilah berinfaq bermula dengan RM10 untuk jayakan kempen infaq bekalan air bersih di Maahad Tahfiz ini. Semoga segala usaha murni kalian ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2024

NORZIMA BINTI KAMSAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2024

Kempen Sumbangan Tamat