Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Sep 26, 2022

RAYUAN DERMA UNTUK STREET DAKWAH MAULIDUR RASUL

RM325 / 10.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bagaimana anda menyambut Maulidur Rasul? Di PERKIM kami buat street dakwah untuk memperkenalkan Nabi kita kepada Non-Muslim. Ini peluang untuk jelaskan salah faham terhadap Nabi kita. Bantulah kami!


Assalamualaikum wbt. Pada tahun 2021, untuk pertama kalinya PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) telah menyambut Maulidur Rasul dengan melaksanakan street dakwah di sekitar Rawang dan Batu Arang, Selangor. Pada program ini, kami telah menyantuni 100 orang Non Muslim di mana kami beritahu merekahari ini adalah birthday Nabi kami, oleh itu kami berikan hadiah kepada kamu kerana kami sangat gembira”. Di samping itu, kami juga menjawab apa-apa soalan dari mereka berkaitan islam. Sukacita kami nyatakan, dari 100 orang kami santuni, tiada seorang pun yang marah atau herdik kami, sebaliknya mereka turut bergembira dan mengucapkan tahniah atau sambutan birthday Nabi saw.




Di luar sana terdapat berbagai tohmahan dan salah faham terhadap Nabi Muhammad saw kerana kita gagal mendekati mereka untuk memberitahu mereka siapa sebenarnya Nabi Muhammad saw. Serahkan perkara ini kepada ahli-ahli dan sukarelawan PERKIM BTP yang telah kami latih. Biar kami jelaskan kepada non muslim. Tahun ini, kami akan melaksanakan program ini sekali lagi dan kami sasarkan lebih ramai non muslim akan diperkenalkan siapa Nabi kita dan mesej sebarkan salam yang dianjurkan oleh baginda saw.




Pada tahun ini, sekali lagi kami akan melancarkan progrm ini. Justeru, kami amat memerlukan bantuan anda untuk menampung kos membeli hadiah-hadiah serta makan-minum para sukarelawan sekitar 40 orang yang akan menyertai program ini. PERKIM BTP amat bergantung penuh kepada sumbangan orang ramai untuk terus berdakwah dan melaksanakan amal kebajikan.




Ayuh, suburkan dakwah melalui sedekah!


Anda menyumbang, kami perkenalkan dan jawab salah faham mereka terhadap Nabi kita dan agama kita kepada non muslim. Semoga Allah memberi kemurahan rezeki kepada para penyumbang yang dermawan.






ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NOR ASYIKIN SHAARI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 02, 2022

Kempen Sumbangan Tamat