DANA PEMBANGUNAN SRITI KOTA KINABATANGAN

Dimulakan pada:
09 Aug, 2021
DANA PEMBANGUNAN SRITI KOTA KINABATANGAN
3.41%
RM5,119
/RM150,000
187
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Pertubuhan Pusat Islam Darul Ulum (PADU), Kinabatangan membantu perkembangan jihad pendidikan dan dakwah dengan pencarian dana untuk kegunaan pengurusan atau pembangunan sekolah agama di Kinabatangan.

TENTANG SRITI KOTA KINABATANGAN

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Kota Kinabatangan (SRITIKK) merupakan sekolah integrasi yang PERTAMA di Kinabatangan. Di peringkat awal penubuhan, SRITIKK telah beroperasi dengan menumpang di premis PASTI Darul Ulum, Kinabatangan yang bertempat di Taman Seri Setia, Batu 9, Kota Kinabatangan.

Sehingga kini, hasil kemasukkan pelajar yang semakin meningkat tahun 2021 dan akan datang, ruang kapasiti pelajar di tempat sekarang sangat tidak mengizinkan. Keadaan ruang kelas yang masih tidak mencukupi bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai membuatkan pergerakan murid amat terbatas. Ruang pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran yang kondusif tidak dapat diwujudkan dan situasi sebenar bagi memenuhi kepelbagaian keupayaan murid amat terhad dijalankan.

Atas permasalahan itu, pihak sekolah berhasrat:

1. Menyediakan persekitaran sekolah dan bilik pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk mewujudkan situasi sebenar bagi memenuhi kepelbagaian keupayaan murid.

2. Bagi menampung keperluan bilik darjah bagi setiap tahun memandangkan kemasukkan pelajar yang semakin meningkat.

3. Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur sekolah, seperti bilik guru, surau, perpustakaan, bilik isolasi, bilik pandang-dengar, tandas, kantin dan lain-lain. 

Banggunan tumpangan sementara SRITI Kota Kinabatangan.

Alhamdulillah sehingga kini, kerja-kerja pembinaan rangka banggunan baharu ini berjalan dengan lancar. Namun dana masih lagi diperlukan sehingga ianya betul-betul dapat beroperasi dengan baik dan selamat.

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN TERKINI

Laporan Kempen

02 Dec 2021

02 Dec 2021

|| PERKEMBANGAN TERKINI PEMBANGUNAN SRITI KOTA KINABATANGAN ||

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulilah, perkembangan terkini pembangunan SRITI Kota Kinabatangan sehingga hari ini, kita dapat tonton dalam rangkuman video sepanjang proses terbaharu pembangunan.

Ini lah hasil sumbangan kalian para dermawan semua, kerja-kerja pemasangan atap bumbung dan kerja buat dinding bata di tingkat bawah hampir siap sepenuhnya.

Seterusnya pasang dinding bata tingkat atas dan kerja pendawaian juga sudah dimulakan.

InsyaAllah dengan sumbangan anda mampu melicinkan lagi proses pembangunan ini sehingga dapat beroperasi seperti tarikh yang kami anggarkan.

17 Sep 2021

Alhamdulillah hasil sumbangan kalian para dermawan semua, urusan pembelian barangan atap, simen, pasir dan lain-lain kini berjalan lancar. Kini kerja-kerja pemasangan atap bumbung dan dinding bata juga sedang berjalan dengan baik.

InsyaAllah dengan sumbangan anda mampu melicinkan lagi proses pembangunan ini sehingga dapat beroperasi seperti tarikh yang kami anggarkan. Teruskan menyumbang untuk jihad pendidikan masyarakat di Kinabatangan, Sabah

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 08, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

TABUNG BANGUN KEMBALI TANAH PALESTINE
SEDEKAH JUMAAT PAKAIAN RAYA UNTUK ASNAF
KONGSI BERAS BAGI GENERASI PENGHAFAL AL QURAN
INFAK PENYEDIAAN KABIN PENGURUSAN JENAZAH BERGERAK
INFAK MEMBERI MAKAN GELANDANGAN
Kempen Sumbangan Tamat