MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 24, 2023

RAYU SUMBANGAN UNTUK BAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA MAAHAD TAHFIZ ASNAF

RM240 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU SALURKAN DANA BAGI MEMBAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA MAAHAD TAHFIZ. SEMOGA SUMBANGAN KALIAN DIRAHMATI ALLAH SWT.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memohon sumbangan daripada semua muslimin dan muslimat untuk membantu menghulurkan sumbangan agar dapat membaik pulih bumbung asrama di maahad tahfiz kami secepat mungkin. Bumbung asrama yang rosak menjadi masalah terutama ketika hujan kerana mengganggu kenyamanan dan keselamatan para pelajar kami yang tinggal di asrama. Asrama ini dihuni oleh 20 orang pelajar yang kebanyakkannya adalah daripada keluarga asnaf dan juga anak-anak yatim.




Pihak maahad berhasrat ingin segera melakukan kerja membaik pulih agar tiada lagi berlaku kebocoran dalam asrama pelajar ketika hujan. Oleh itu, sumbangan daripada dermawan amat diperlukan dalam membantu menjadikan asrama sebagai tempat yang aman dan nyaman bagi anak-anak tahfiz ini dalam menjalani kehidupan sehari-hari mereka dengan baik. Di bawah pihak maahad sertakan beberapa gambar menunjukkan keadaan siling yang rosak dan berlumut kesan daripada masalah kebocoran air hujan. 




Membantu orang yang sedang menuntut ilmu agama merupakan amal yang sangat mulia di mata Allah SWT. Sumbangan yang diberikan bagi mewujudkan fasiliti yang nyaman dan selesa di maahad ini sesungguhnya akan menjadi saham akhirat para penyumbang dalam pendidikan agama anak-anak tahfiz ini yang merupakan calon-calon da'i dan ulama masa depan. Kalian juga secara tidak langsung terlibat dalam membentuk generasi yang mencintai Al-Quran dan akan menyebarkan cahaya Islam di tengah-tengah masyarakat. 


"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah membahagiakan seorang Muslim, menyelesaikan suatu kesusahan yang menimpanya, atau membayar hutangnya." (HR. Tirmizi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat