Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan saya bebas daripada belenggu hutang. Doakan saya sekeluarga sentiasa dilindungi Allah, diberkati & dipermudahkan dlm setiap urusan. Doakan juga agar saya mendapat kesudahan yang Husnul Qhotimah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga Allah menurunkan kerdhaanNya kpd kedua ibu bapa, saya dan anak anak. Semoga ibu, bapa, saya dan anak anak dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Bismillah ku berdoa agar beban, derita dan penyeksaan yg dihadapi saudara Islam ku di Palestin, Rafah dan di mana² sahaja di seluruh pelosok bumi yg sedang ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam dpt diringankan olehMu Ya Allah. Sesungguhnya aku berharap agar seluruh ummah Rasulullah SAW dikurniakan syurga tanpa hisab. Jadikanlah kami antara hambamu yg engkau tidak akan pernah murkai.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD IQBAL BIN SAIFFUDDIN

6 bulan yang lepas

Ya Allah peliharalah saudara saudari kami di Palestine hancurkan la segala kepungan musuh daripada mereka dan mudahkan la mereka di bulan puasa ini Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Kalau ada sedikit pahala Dan keberkatan Dari sumbangan ini, saya sedekahkan kepada kedua ibubapa saya iaitu Jamaliah bt. Yunus Dan Daud bin Mustafa.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: