Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah ampunilah dosaku, kedua ibu dan bapaku, isteri dan anak2 ku, kaum keluargaku, datuk dan nenekku, para sahabat dan guruku serta muslim dan muslimat keseluruhannya. murah dan lipat gandakan rezekiku, permudahkan urusan dunia dan akhiratku, Masukkan kami kedalam syurgaMU dan lindungi kami drp siksaan kubur dan api nerakuMu. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan saya sekeluarga dipanjangkan umur dalam taat, dikurniakan rezeki zahir & batin yang halal, berkat, manfaat & kebahagiaan hidup dunia & akhirat & dihadiahkan kematian dalam husnul khotimah. Amin YRA Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Doakan saya sekeluarga dipanjangkan umur dalam taat, dikurniakan rezeki zahir & batin yang halal, berkat, manfaat & kebahagiaan hidup dunia & akhirat & dihadiahkan kematian dalam husnul khotimah. Amin YRA Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga Allah merahmati serta memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Salam Ramdhan Al Mubarak.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah, kembalikanlah aku jalan pangkal mu.aku banyak berbuat maksiat ,aku mahu kembali pada mu ,aku berasa diri ini tidak suci namun kau tetap menyayangi & memandang dan tetap terus menjaga hambamu yang lemah ini ..hamba mu yang lemah ini ingin menjadi salah seorang asbab mereka dapat hidayah ,hidayah dan jiwa ini hanyalah milikmu ya allah.kau berilah taufik dan hidayah utk kami & musuh islam

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

HANISAH BINTI MOHAMED DIN Beserta doa : diampunkan dosa, di murah kan rezeki, di panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: