Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah,ampunkan segala dosa kami dan umat Islam.Berilah kemenangan kpd umat Islam terutama mereka yang sedang diuji dgn peperangan spt di Palestin.Kurniakan kesihatan yang baik pd kami,rezeki yang halal lg baik dan masukkan lah kami dalam syurgamu paling tinggi tanpa hisab..Ameenn..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Kami bersama Palestin!

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD SALLIHIN BIN AHMAD NASIR

6 bulan yang lepas

Ya allah murahkan lah rezeki ku dan rezeki keluarga ku dan selamatkanlah saudara saudara ku di palestin.. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin dari segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmat-Mu yang melimpah-ruah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Kurniakan kepada umat islam kebaikan dunia & akhirat.Selamatkan negara2 Islam terutamanya yang sedang di uji dengan peperangan seperti di Palestin.Terima lah segala amal kebaikan yang telah kami lakukan.Amennn..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Sekiranya saya ada berhutang dgn seseorang. Saya hadiahkan pahala sedekah ini kepada mereka. Dan sekiranya telah lunas. Maka pahala sedekah dihadiahkan kpd ibubapa saya, suami dan saya sendiri.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: