Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Ya Allah kau bebaskanlah Palestin dari cengkaman musuh‐musuh Allah. Merdekakanlah mereka Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ABDUL HAMID BIN MOHAMAD

5 bulan yang lepas

Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Segalanya kerana Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAZURIN ISMAIL

5 bulan yang lepas

Semoga pengakhiran hidup kita umat Islam umat Muhammad dlm pengakhiran yg baik

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Ya Allah kami hanya mampu berdoa dan menyumbang sedikit bagi keperluan mereka di palestin. semoga sampai keperluan mereka.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Mujiib Ya 'Aliim kurniakan ku jalan keluar yg terbaik di sisi Mu dlm diri ini menguruskan ujian dan musibah yg Engkau taqdirkan buat hamba Mu ini melalui anak2 menantu ku dan suami ku. Ku pohon kpd Mu Ya Ghafuur Ya 'Aafuu asbab ujian dan musibah ini segala dosa ku ini Engkau ampun dan maafkan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: