Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Saya sedekahkan kepada penerima semoga dapat membantu dan meringgan segala urusan. Semoga saya dan sekeluarga dibuka segala pintu rezeki,dilimpahi rezeki seperti air zam-zam yg mengalir tanpa henti, diampunkan segala dosa, dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah S.W.T.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Di pagi jumaat yang penuh barokah ini hambaMu memohon doa Kau kurniakanlah aku dan isteri zuriat yang soleh dan solehah. Kau rezekikanlah kami dengan keturunan yang baik sebagai pengikat kasih sayang antara kami dan juga pewaris agamaMu Ya Allah. Aamiinn.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga segala amal ibadah & kebaikan kita diterima disisiNya. Ya Allah bantu lah saudara2 kami di Palestine yg sdg diserang musuh,bantu mereka pertahankan bumi anbiya. Kalahkan pihak zionis laknatullah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Assalamualikum. Harap doakan saya 1) Latipah Binti Abu Bakar, Suami, 2) Nooran Bin Dany, anak2, 3) NurSyafiqah Bte Nooran dan 4) Muhammad Afiq Bin Nooran. Agar kami dirahmati Allah, diberi kesihatan yg baik, di jauhkan dari segala penyakit2 yg berat. Disembuhkan dari segala penyakit. Dipermurahkan rezeki. Di matikan dalam Iman. Di beri keberkatan dunia dan akhirat. Aamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: