Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Doakan rumah tangga saya kekal sampai akhir hayat.. Anak2 berjaya dunia akhirat dan d mudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AHMAD FADZIDIN ARSHAD

4 bulan yang lepas

Ya Allah, jadikanlah aku kaya. Kaya yang Engkau redha, kaya yang mampu buatkan aku lebih mudah untuk berinfaq&bersedekah, kaya yang mampu membuat aku sentiasa tawaddhu, dan kaya yang boleh mendekatkan aku dengan SyurgaMu Ya Allah, mewahkan rezeki kami.Bukakan pintu pintu rezeki di langit dan di bumi untuk kami.Lancarkan rezeki kami,berikan kami rezeki yang tak putus-putus rezeki yang tak disangka

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZWAN NORMIZA BT ZAKARIA

4 bulan yang lepas

Semoga saya diluaskan rezeki oleh Allah, disembuhkan segala penyakit, dipermudahkan segala urusan, sihat untuk beribadah...aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan saya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Yaa allah bantu lah semoga dipermudahkan segala urusan, murah kan lah rezeki ku, semoga dapat kan lah kerja ku seperti dulu celmonze, dan panjang kan lah umur mak ayah ku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Sahaja aku bersedakah untuk diriku kerana Allah Taala. Dilindungi dr penyakit kronik, dilindungi dari kefakiran, dilindungi dari takdir yang buruk. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: