Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Dilimpahi rezeki yang berkat dan halal. Sentiasa mencukupi dan bebas hutang. Dapat membantu golongan yang memerlukan. Jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Diberikan kesihatan tubuh badan dan akal yang cerdas. Disenangi oleh semua orang dan menjadi contoh yang baik kepada orang lain. Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Ya Allah kurniakan kesihatan yg baik kpd kami asbab sedeqah ku ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

‎ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ Semoga Allah swt mengampunkan dosa diriku, ahli keluargaku, sanak saidaraku, guru2ku, semua kaum muslimin dan muslimat dari zaman Adam as serta para pembaca doa ini. Dipermudah rezeki dan urusan dunia akhirat. Mendapat syafaat nabi Muhammad saw. Dimasukkan ke dlm syurga tanpa hisab. Semoga diperkenan doa kami pada hari Jumaat ni.Aamiin yra

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

WINAWATI AB.MUFTI

4 bulan yang lepas

Semoga di permudahkn segala urusan ,cepat sembuh dr pnyakit..dan dpt mnjadi seseorg yg btul2 berubah ke jln allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga wakaf ini dan Al Quran tersebut melindungi diri dan keluarga dunia dan akhirat.. aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki cerah masa depan dan dimudahkan semua urusan aminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: