Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

NOR FADILLA BINTI SELAMAT

3 tahun yang lepas

Ya allah doakan nor Fadilla Binti Selamat Dan MOHD HANAFI BIN PUTEH di kurniakan zuriat yang soleh Dan solehah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ikhlas kerana Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORLIA

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Mujib... Kurniakanlah kepada aku dan keluarga aku rezeki yang luas dan sentiasa mengalir seperti air zam zam Mu yang mengalir tanpa hentinya

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunilah kami, permudahkan segala urusan kami, samada urusan dunia dan akhirat dan sentiasa berada dalam hidayahMu. Kurniakan kami rezeki yang halal dan diberkati. Aamiin Ya Mujib.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kami kecukupan dari rezeki yang halal sehingga kami tidak memerlukan yang haram. Dan kayakanlah kami sehingga kami tidak meminta melainkan darimu ya Allah. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga suamiku segera sembuh dan kami dilimpahi rezeki yang mencurah curah2 hari ini dan esok! Aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: