Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang lagi baik tanpa memberatkan kami. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sahaja aku bersedekah kerana mu Ya Allah.Semoga Allah memberi rezeki zuriat pd ku,amin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Sahaja aku bersedekah untuk bersihkan diri dan rezeki,,semoga Allah memberi limpah rahmat kasih sayang Nya pd kita semua,dimurahkan dn diperluaskan lagi rezeki..semoga Allah beri aku rezeki zuriat..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah berikanlah kami rezeki seperti air yg mengalir.agar kami dapat membantu saudara kami yg daif.berikan kami hidayah mu YaAllah.masuk kn kami iman yaAllah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya-Allah murahkan lh rezeki ku seperti air yang mengalir,jadi kn lh aku yang kaya agar aku dapat membatu saudara ku yg daif. Masukkan kan lh iman kepada ku,berikan aku hidayah mu yaAllah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, terimalah segala amalan kami seperti ia dilakukan dengan sempurna & tepat waktunya serta lipat gandakanlah segala pahala amalan kami & masukkanlah kami ke taman syurga Firdaus-Mu tanpa hisab

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: