Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

NURHIDAYAH MOKHTAR

3 tahun yang lepas

Ya Allah,kau murahkan rezeki kepadaku.luaskan rezeki kepadaku rezeki yang halal dan diberkati oleh Mu.Permudahkan segala urusanku di dunia dan di akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.. permudahkan urusan kami sekeluarga..jauhi Kami dari bala dan bencana..sihat kan tubuh badan Kami.. berikanlah Kami rezeki yang halal..ya Allah.permudahkan isteri aku utk bersalin anak prtam

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah.. Kurniakanlah aku & anak2 kesihatan yg baik, lindungi kami dari segala penyakit2 virus dan berilah kesembuhan kepada suamiku daripada penyakit yg dihidapinya Ya Allah..Aamiin ya rabbil alami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah berkat sedekah ini lembutkan hati anak ku aisha az zahra binti amran untuk mahu susu botol...aamiin ya Allah ya mujib

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah murahkan rezeki kami, kurniakan kami rezeki kesihtan, rezeki pekerjaan, rezeki uang melimpah ruah ,

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan segala urusan kami semua. Murahkan rezeki kami sekeluarga. Semoga bantuan ini meringankan beban mereka yg memerlukan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: