Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa ibubapa ku dan ahli keluarga ku dan orang orang yang aku kasihi. Jauhi kami dari seksa kubur dan seksa neraka. Masukkan kami ke syurgaMu tanpa hisab. Aminn

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALHAQUE

3 tahun yang lepas

TIADA UPAYA DIRI INI MELAINKAN ALLAH,PELIHARA AGAMA KAMI DAN BANGSA MELAYU KAMI YA ALLAH..HANYA KAU SAHAJA TEMPAT KAMI BERGANTUNG YA ALLAH...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan umur yg oanjang agar dpt bertaubat dan beribadah kepadamu..kurniakan lah kami kebahagiaan, kau sayangilah kedua ibu bapa kami permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan segala urusan orang2 yang menolong orang yang dalam kesusahan dan gantikan kesulitan mereka dengan rahmat kasih sayang Mu

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan la kami rezeki yang luas.. lindungilah umat islam dari fitnah.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ADENAN JUAI

3 tahun yang lepas

Ya, Allah, kurniakan kpd kami isteri, anak-anak serta keturunan yang soleh, rezeki yg luas,tidak memberatkan kami untuk bersedekah serta kesihatan yang baik agar kami mampu beribadat kpd Mu.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: