Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah,murahkan rezeki ku sekeluarga,ya Allah jd kan anak2 ku anak2 soleh Dan solehah,ya Allah sembuhkan la sakit kulit pada isteri ku ini.Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya rahim.. Aku bermohon kepada MU berilah kami kekuatan dan semangat untuk meneruskan memperjuangkan nasib orang Islam dan memartabatkan Islam adalah agama yang sempurna dan adil...

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD RAHMAT BIN YAHAYA

3 tahun yang lepas

Ya Allah, jadikan aku dan keluargaku, adik adik ku, semua muslimin dan muslimat, agar jadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, terimalah segala amal ibadah kami, ampunilah dosa kami & dosa ibubapa kami, murahkanlah rezeki kami, kurniakan kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami rahmat rezeki yg halal & berkat, kesihatan yg baik, anak yg soleh, permudahkan laluan titian siratul mustakim kami & hindari kami dari siksa kubur & azab api merakaMu

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SALIMAH SAIYARI

3 tahun yang lepas

Ya Allah, limpahkan kami sekeluarga rezeki yang berkat lagi banyak agar dapat buat amal kebajikan dan manfaat bukan sahaja kepada keluarga kami tapi jua saudara islam di muka bumi mu ini....aamiin...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: