Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah angkatkanlah kesakitan buat bonda tercinta dan berikanlah kesembuhan buatnya. Berikanlah rezeki yg baik buat keluarga kami semua. Dan matikan lah kami dalam keimanan kpd mu Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HANIS

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah ku, ahli keluargaku, ibubapaku dan muslimin muslimat iman, takwa, kesihatan , panjang umur dan murah rezeki. Permudahlanlah urusan kami. Sembuhkanlah segala sakit pening kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NON ZAIRINA RAMLI

3 tahun yang lepas

Ya Allah semoga dengan wakaf ku ini pahalanya mengalir tidak putus2 kepada kedua ibubapa ku...aamiin Allahhumma aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, berikanlah kesembuhan kepada ibuku, Zaiton binti baba ismail. Limpahkanlah rezeki kepada keluarga kami dan kurniakan kesihatan yang baik, dan tergolong dlm golongan yg dirahmatiMu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Moga sesiapa yg menyumbang, Allah lipat gandakan lagi rezeki ? Kerana sesungguhnya tangan yg memberi itu lebih mulia dri tangan yg menerima..

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

“Ya Allah, satukanlah hati kami. Perbaikilah keadaan kami. Tunjukilah kami jalan-jalan keselamatan (menuju syurga). Selamatkanlah kami dari kegelapan menuju cahaya. Jauhkanlah kami dari perbuatan keji

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: