Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD SAUFI BIN ABD LATIFF

3 tahun yang lepas

Ya Allah,Aku keluarkan zakat ku kerana Allah taala.Engkau terimalah zakat ku ini.Engkau limpahkan rezeki yg murah dan berikan kesihatan yg baik utk diri ku dan keluarga ku.Amin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kami rezki yang banyak & baik dari segi kenikmatan beribadah, kesihatan, kecerdekan akal untuk memahami ilmu, kejayaan dlm pelajaran/peperiksaan, kewangan dsb amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

ya allah kau murahkanlah rezeki bagi mereka yang memerlukan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah mudahkan urusann dunia dan akhirat kami

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah setiap amalan kami dan kurniakanlah kami setiap kebaikan yang ada di langit dan di bumi.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: