Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD ZAKI

6 bulan yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, terimalah taubat kami, kurniakanlah kami cahaya cinta SEBELUM kami masuk ke Liang LAHAT, hindarilah kami Dari menjadi syirik fasik kafir munafik, Ya Allah ampunilah kami. Aamiin2 Ya Rabbal 'Aalamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

SEMOGA ALLAH SWT REDHO KEPADA KITA SEMUA ATAS KEHIDUPAN YANG TELAH KITA LALUI DIDUNIA , DAN SEMOGA ALLAH SWT TERIMA AMALAN SEMUA UMAT NABI MUHAMMAD SAW IN SHAA ALLAH . TAKBIR ALLAHUAKHBAR

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HJ.ZAINUDIN BIN RAMLI

6 bulan yang lepas

Infaq diberikan ikhlas kerana Allah Taala dan didiakan semoga ahli keluarga sihat dan diberi rezeki melimpah ruah dan sentiasa beribadah pd Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim.. Terimalah ibadah kami ini, kurniakanlah kemenangan dan kesejahteraan buat semua umat islam, serta satukan hati² hambaMu dalam keimanan dan jihad ke atas semua musuh islam.. aamiiin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga Allah memberikan ketenangan..kekuatan kpd penduduk Gaza..dan berilah kemenangan kpd pejuang2 Islam Gaza..aamiiiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHAHDAN BIN HUSIN

6 bulan yang lepas

Semoga menjadi amal yang dapat mendatangkan kemurahan rezeki, kemudahan dalam segala urusan dan Hajar, kelancaran dalam usaha/pekerjaan, serta dapat mendatangkan rahmat dan Hidayah-Nya

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: