PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.

Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.

Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

...

No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu,
brigadecare@gmail.com
0187859248
+60187859248

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • AHMAD ROFIE ISMAIL

    12 minit yang lepas

    "Mohon kesembuhan dan kesihatan"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    30 minit yang lepas

    "Doakan semoga di permudah segal urusan"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    48 minit yang lepas

    "Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus2 terhadap rumah kebajikan ini. "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    53 minit yang lepas

    "Hanya Allah jua yg membalas sgla kebaikan hambanya. "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    56 minit yang lepas

    "Semoga semua urusan saya dan keluarga, Allah permudahkan dunia akhirat. Dimurahkan rezeki dari segala sudut yang terzahir dan tidak. Allah yang maha pemberi rahmat aamiinn aamiinn ya rabb"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • HAMBA ALLAH

    1 jam yang lepas

    "Ya, Allah sampaikanlah pahala drpd sumbangan kecilku Ini kpd arwah suamiku, arwah kedua ibubapaku dan arwah abg2 & kakak2ku dan arwah semua muslimin dan muslimat"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Ya Allah..berkatilah kehidupanku ini dijalan mu yg Allah..berikanlah rezeki mu yg berkah..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Doakan agar keluarga sy sentiasa dimurahkan rezeki selalu serta dirahmati Allah SWT.. Aamiin "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Doakan kedua ibu bapa saya amin"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kepada pihak penganjur dan penyumbang… semoga semuanya dalam redha Allah."

    0 orang mengaminkan doa ini