Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Jan 04, 2024
RM1,605 / 53.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
43 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Perang yang meletus sejak 7 Oktober 2023 memakan banyak korban, terutama dari pihak Palestin. Menurut Palestinian Central Bureau of Statistics (PCBS), sampai 1 Januari 2024, jumlah korban jiwa Palestina mencapai 22,185 orang. Manakala lebih 10,000 orang dikhuatiri hilang dalam runtuhan bangunan.
Menurut data yang dihimpun United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), lebih dari 43,000 unit perumahan telah dihancurkan sepenuhnya, sementara 225,000 rosak teruk. Ini bererti 60 peratus unit perumahan di Jalur Gaza terkena kesan pengeboman.
Gaza adalah kawasan yang telah lama menghadapi krisis yang serius, terutamanya kekurangan bahan bakar dan makanan. Situasi ini memerlukan tindakan segera dan usaha bersama untuk membantu penduduk Gaza yang memerlukan.
Kekurangan bahan bakar di Gaza adalah satu masalah yang serius. Hospital dan institusi kesihatan lain menghadapi krisis akibat kurangnya bekalan bahan bakar untuk menjalankan generator dan peralatan perubatan. Ini membahayakan nyawa pesakit dan menjejaskan kemampuan sistem kesihatan Gaza untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
Bukan itu sahaja, sekolah, penjana elektrik, dan banyak lagi tempat bergantung pada bahan bakar untuk beroperasi. Kekurangan ini menghalang penduduk Gaza daripada hidup dengan selesa dan mengakibatkan impak sosioekonomi yang besar. Kekurangan bekalan makanan adalah masalah yang berlarutan di Gaza. Banyak keluarga Gaza tidak menerima makanan yang mencukupi untuk keluarga mereka. Kanak-kanak dan wanita di sini sering menghadapi kebuluran yang mengancam nyawa. Krisis ini mengakibatkan masalah kesejahteraan dan kesihatan yang serius.
Dalam usaha untuk membantu Gaza, kita perlu menggalakkan kesedaran tentang masalah ini. Kempen kesedaran adalah langkah penting dalam usaha untuk mengumpul sumbangan dan sokongan. Ia melibatkan dengan berkongsi maklumat mengenai kekurangan bahan bakar dan makanan di Gaza melalui media sosial, blog, dan sumber berita.
Melalui usaha bersama dalam kempen kesedaran dan sumbangan bantuan, kita boleh memberikan harapan kepada penduduk Gaza yang menghadapi kesengsaraan yang tidak berkesudahan. Kami perlu bersatu untuk membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan mengatasi krisis kemanusiaan yang mereka hadapi.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jan 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2024