INFAQ KEPERLUAN PENDIDIKAN PELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ DHUAFA

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
09 Dec, 2022
INFAQ KEPERLUAN PENDIDIKAN PELAJAR DI MAAHAD TAHFIZ DHUAFA
5.25%
RM210
/RM4,000
14
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Hidup dalam kekurangan di maahad tidak menggoyahkan semangat pelajar-pelajar di maahad tahfiz untuk belajar. Jom kita agihkan makanan, kelengkapan sekolah dan kelengkapan tidur untuk mereka!

"Kami kini belajar di tahap Sekolah Menengah dan kami sudah mencari wang sendiri untuk yuran sekolah. Kadang-kadang kami tidak makan sepanjang hari, jika ada, kami hanya makan pisang rebus untuk sarapan pagi, begitu juga untuk makan tengahari dan makan malam. Tetapi demi pendidikan kami masih melaluinya." kata salah seorang pelajar di Maahad Mualaf Mentawai di Pulau Siberut, Sumatera Barat.

Pelajar di maahad ini hidup dengan segala keterbatasan, bermula dari segi makanan di mana mereka jarang makan nasi kerana harga beras yang mahal dan biasanya hanya boleh makan pisang rebus untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam. Bukan itu sahaja, untuk tidur pun mereka terpaksa bergelut dengan kesejukan malam kerana tidur di atas tilam nipis sahaja. Namun hal ini tidak menggoyahkan semangat mereka dalam mempelajari ilmu am, agama mahupun menghafaz Al-Quran.

Selain itu, walaupun mereka berasal dari keluarga dhuafa, mereka tidak berputus asa dalam pelajaran dengan mencari wang untuk memenuhinya. Kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan menyebabkan mereka terus bertahan dan berusaha melakukan segala-galanya. Mereka juga telah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW berikut:

"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim, dan sesiapa yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berguna adalah seperti meletakkan kalung dari permata, mutiara dan emas pada leher binatang." (Riwayat Ibnu Majah)

Sebaliknya, bukan pelajar di Maahad Mualaf Mentawai sahaja yang mengalami kesukaran tetapi masih ramai pelajar di maahad lain yang turut mengalami perkara yang sama dan memerlukan bantuan kita untuk bersama mereka agar mereka terus bersemangat dalam mempelajari atau menghafaz Al-Quran.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama membantu pelajar di maahad tahfiz yang masih kekurangan. Di mana sedekah daripada anda akan diagihkan dalam bentuk bantuan pendidikan berupa pembelian keperluan sekolah, makanan, tilam untuk tidur di maahad dan sebagainya kepada maahad tahfiz di Indonesia yang memerlukan. Semoga kebaikan anda dicatat sebagai sedekah yang tidak terputus pahalanya kerana telah membantu perjuangan para penuntut ilmu. Amin.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

20 Jun 2023

Assalamu’alaikum Tuan dan Puan,
Semoga khabar ini menjumpai anda dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera.

Pasukan Asar Humanity masih melaporkan dari Cianjur, lokasi terjejas gempa bumi Magnitudo 5.6 menggegarkan pada bulan November yang lepas. Alhamdulillah bantuan utiliti pendidikan kepada pelajar terjejas gempa bumi di Maahad Tahfiz Qur'an Sabilurrosyad. Walaupun kondisi warga terjejas masih dalam masa pemulihan, tetapi kanak-kanak pelajar sangat bersemangat terus dalam mengaji dan belajar agama.

Betapa bahagianya ia mendapatkan bantuan yang berisi beg, alat tulis, baju, sepatu, dan wang. Bantuan peralatan sekolah ini menjadi pelipur trauma bagi mereka agar tetap menuntut ilmu agama di masa bangkit dari bencana. InshaAllah mereka adalah penerus generasi masa depan yang memiliki akhlak dan pribadi yang baik berlandaskan syariah agama.
Semoga keberkahan dan pahala berlipat Allah SWT ganjarkan kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 15, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ZIARAH DAN SUMBANGAN SAHABAT OKU SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
Kempen Sumbangan Tamat