MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 22, 2024

INFAQ BERAS MUHARAM ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF

RM155 / 5.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH KITA BERKONGSI REZEKI DENGAN BERINFAQ BERAS KEPADA ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DENGAN RM10.


Keutamaan dalam agama mengajarkan kita betapa pentingnya berbahagi rezeki kepada sesama kita terutama mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi kepada anak-anak tahfiz. Mereka memerlukan tenaga jasmani yang kuat untuk digunakan bagi menuntut ilmu dan menghafal Al-Quran.


Oleh itu, makanan yang membekalkan tenaga bagi masyarakat di Malaysia adalah beras. Beras merupakan makanan asasi yang sangat penting bagi pelajar. Oleh yang demikian, infaq beras adalah satu bentuk sumbangan asasi sosial kepada insan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak syurga ini yang sedang bertungkus lumus berjuang dalam menuntut ilmu.



Infaq menyediakan barangan dapur bagi golongan yang kurang berkemampuan adalah satu sifat terpuji dan mulia. Hal ini kerana, memberikan makanan serta membantu meringankan beban mereka yang menghadapi cabaran ekonomi adalah sangat dianjurkankan. Dalam kempen ini, kami menggalakkan anda untuk menyumbang secara kewangan atau memberikan sumbangan barang makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan lain-lain.



Mari bersama-sama menjadikan infaq kali ini lebih bermakna dengan berinfaq sedikit rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan menjayakan kempen ini. Semoga infaq ini dapat membersihkan dosa-dosa kita sepertimana sabda Nabi SAW:


 والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار


“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

( Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)



Sebenarnya sumbangan infaq kalian adalah harapan buat mereka yang kurang berkemampuan untuk memenuhi keperluan makanan harian mereka. Maahad tahfiz ini berhasrat bagi membantu mereka dengan menyediakan makanan berkhasiat kepada mereka yang berjuang untuk menutut ilmu. Kami percaya bahawa setiap bantuan, tidak kira sekecil apa pun, boleh membuat perubahan besar dalam kehidupan mereka.



Ayuh kita berinfaq, bermula dari RM10, yang akan menjadi langkah pertama yang bermakna dalam membawa kebahagiaan dan keceriaan kepada wira-wira yang menuntut ilmu agama dan berazam menyebar agama ke seluruh alam. Dana yang dikumpul akan digunakan sepenuhnya untuk menyediakan bantuan makanan asas beras yang akan menjadi tenaga kepada mereka yang gigih menuntut ilmu agama yang tidak pernah kenal penat lelah untuk menjadi hafiz Al-Quran yang beramal dan berbakti untuk agama.



Jom manfaatkan kesempatan ini untuk meraih pahala berlipat kali ganda dengan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan umur kita dan memberi kesihatan yang baik dan juga dimurahkan rezeki kita.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat