BANTUAN SEGERA UNTUK RAKYAT PALESTIN

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen PPIM dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society ingin mengumpul dana untuk memberi bantuan kecemasan seperti ubatan, khemah & keperluan yang diperlukan oleh penduduk Gaza. Jom bantu!


Lebih dua juta penduduk Gaza kini hidup dalam keadaan serba kekurangan akibat konflik yang berlarutan antara Palestin dan Israel. Setiap hari mereka berdepan ketidakstabilan, kekurangan makanan, ubat-ubatan yang terhad, serta sistem kesihatan yang hampir lumpuh.


KEADAAN DI GAZA MAKIN KRITIKAL!


Tiada Rumah! Tiada Perlindungan! Tiada Penjagaan!

Apa Yang Tinggal Untuk Mereka Teruskan Hidup?


FIGHT 4 GAZA!


 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society (MCM) kini melancarkan kempen kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi membantu rakyat Palestin. Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menyediakan ubat-ubatan, susu dan lampin bayi, khemah, selimut serta keperluan asas lain. Insya-Allah, bantuan ini akan diuruskan oleh MCM dan diagihkan terus kepada rakyat Palestin.





Muslim Care Malaysia Society (MCM) adalah organisasi yang diyakini ramai dan sudah lama terlibat dalam usaha kemanusiaan di Palestin. Mereka mempunyai rekod yang jelas dalam menyalurkan bantuan kecemasan, menyediakan pendidikan, membekalkan sumber air bersih serta memastikan akses kesihatan asas kepada penduduk Palestin yang terjejas. Dengan pengalaman dan ketelusan yang ditunjukkan, setiap sumbangan yang diberikan insyaAllah akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.




Anda infak, kami salurkan…


Sumbangan para penderma yang cakna dengan rakyat P4l4stin telah Muslim Care Malaysia sampaikan.





Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sekiranya penduduk Syam telah dibinasakan, maka tidak ada kebaikan bagi kamu. (Kerana itu), akan sentiasa ada di antara umatku segolongan yang mendapat pertolongan. Sehingga hari kiamat, mereka ini tidak akan disakiti oleh orang-orang yang meninggalkan mereka.” (HR. Tirmidzi)



SUDAH MENJADI TANAH RATA! TIADA APA LAGI YANG TINGGAL UNTUK MEREKA.





Oleh itu, kami menyeru anda semua untuk bersama-sama dalam usaha ini. Walaupun hanya RM10, ia mampu menjadi sebahagian daripada sinar harapan buat saudara kita di Gaza. Hulurkan bantuan anda dengan menekan butang “Sumbang Sekarang” dan insyaAllah setiap sen yang anda salurkan akan menjadi bekalan di akhirat.


Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20).


Ayuh rakyat Malaysia, teruskan berdoa buat mereka, tunjukkan SOLIDARITI kita melalui TABUNG KECEMASAN PALESTIN bersama PPIM X MUSLIM CARE MALAYSIA.


WE STAND 4 GAZA


BANTU MEREKA!


Jom #BuatBaik!


Doa-Doa #Penyumbang

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2025

MAHATHIR A RAHMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2025

* Pembayaran sekali bagi kempen ini.
RM

Sila pilih cara pembayaran

Anda akan dibawa ke gerbang pembayaran atas talian.


Sila masukkan maklumat penyumbang

/

* Identiti Hamba Allah akan dipaparkan sebagai penyumbang.

Jadilah orang pertama apabila kami berkongsi kempen baharu yang ditujukan untuk membantu mereka yang memerlukan!

Caj transaksi RM0.99 akan dikenakan bagi kelangsungan pasukan sumbangan.com. Terima kasih atas sokongan anda.
RM

Sila pilih cara pembayaran

* Pembayaran harian bagi kempen ini akan dibuat secara automatik setiap hari pada 6:30AM.
* Pembayaran mingguan bagi kempen ini akan dibuat secara automatik setiap Jumaat pada 6:30AM.
* Pembayaran bulanan bagi kempen ini akan dibuat secara automatik setiap bulan.

Anda akan dibawa ke gerbang pembayaran atas talian

Sila Masukkan Maklumat Penyumbang

/

* Identiti Hamba Allah akan dipaparkan sebagai penyumbang.

Saya bersetuju untuk menerima informasi bantuan sumbangan bagi mereka yang memerlukan.

Caj transaksi RM0.99 akan dikenakan bagi kelangsungan pasukan sumbangan.com. Terima kasih atas sokongan anda.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Persatuan Pengguna Islam Malaysia

70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.

+603-4256 6618

sumbangan@ppim.org.my