Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 26, 2023
RM1,175 / 23.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
57 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Pihak AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berbesar hati mengadakan kempen untuk memohon infak dan sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang mempunyai kelapangan rezeki. Dijemput bersama-sama mengambil kesempatan untuk membuat amal jariyah sebagai bekalan dan pahala yang berterusan hingga ke akhirat kelak bagi pembelian set sistem siar raya surau maahad yang baharu. Infak peralatan sistem siar raya ini meliputi speaker, mikrofon wireless, mikrofon dan standing mic. Kemudahan fasiliti seperti peralatan sistem siar raya itu amat penting di surau maahad dan diperlukan oleh anak-anak tahfiz di sini.
Keadaan maahad amat kekurangan dana bagi menyediakan prasarana yang lengkap di surau baharu. Kempen ini diadakan untuk merealisasikan impian agar azan solat 5 waktu dapat dilaungkan di surau baharu maahad sebelum Ramadhan yang bakal tiba nanti. Hal ini kerana bangunan surau maahad yang baharu sudah 90% siap hanya tinggal kerja-kerja pemasangan sistem siar raya, pemasangan karpet dan juga pembinaan kolah wudhuk. Pihak maahad masih dalam proses menjalankan kempen pencarian sumbangan bagi menyediakan prasarana yang lengkap di surau untuk kemudahan ibadah anak-anak tahfiz. Tujuan peralatan sistem siar raya tersebut akan digunakan untuk kegiatan pembelajaran Al-Quran anak-anak tahfiz juga untuk aktiviti keagamaan dan ibadah di surau.
Harapan besar pihak maahad semoga pemasangan sistem siar raya ini dapat dilkasanakan sebelum tibanya bulan Ramadhan tahun 2023 ini. Pihak maahad berhasrat memberikan keselesaan kepada para pelajar dan juga orang ramai yang akan melaksanakan ibadah tarawih, qiamulalil, iktikaf dan juga pelbagai program keagamaan serta dakwah di surau baharu.
Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan jasa para dermawan sekalian yang membantu untuk meralisasikan impian pihak maahad dan juga anak-anak tahfiz di sini. Semoga infak sistem siar raya ini menjadi ladang pahala dan juga amal soleh yang berlipat kali ganda pahalanya buat para penyumbang. InsyaAllah setiap kali azan berkemundang atau suara bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dilantukan akan menjadi pahala yang mengalir hingga ke hari kiamat.
إِذَا مَاتَ اْلإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga hal: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 27, 2023
MOHD YAKOP IKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 27, 2023