Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Oct 28, 2021

RAYUAN INFAQ BANTU MUALLAF DAN ASNAF

RM1,455 / 4.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

66 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayuan infaq untuk PERKIM BTP teruskan usaha murni membantu Muallaf dan Asnaf dari isu aqidah mereka hingga isu kebajikan, pendidikan dan sebagainya.

RAYUAN INFAQ BANTU MUALLAF DAN ASNAF

 

Paling ramai orang memeluk Islam setelah di Pejabat Agama adalah di PERKIM.

 

Selepas pengIslaman, untuk tarbiyah, kebajikan Muallaf dan lain-lain paling ramai mencari PERKIM juga.



Bahkan, hinggakan perkahwinan dan kematian Muallaf juga PERKIM kehadapan untuk membantu.

 


Begitu juga mereka yang rosak aqidah kerana iman lemah. Jika Muallaf, ini biasa terjadi apabila kurangnya bimbingan atau diuji dengan masalah kewangan, kerja, tiada pasangan dan lain-lain.

 

Ramai juga mereka yang asal Islam dikalangan asnaf yang perlu ditarbiyah, dibimbing dan diberi motivasi supaya terus istiqomah dalam Islam. Pernah mereka yang berangkat ke gereja untuk minta bantuan dapat diselamatkan oleh PERKIM BTP dengan menyelesaikan masalah sewa rumah atau masalah kewangan yang meruncing.


 

Walaupun PERKIM bukan khusus untuk Muallaf, tetapi PERKIM dan Muallaf telah pun jadi sinonim.

 

Ramai tidak tahu, PERKIM juga membantu ramai asnaf, termasuk pemantapan aqidah mereka!

 

Sebagai sebuah cawangan NGO, kami berharap kepada infaq orang ramai.

 

Oleh itu, hulurkan infaq ikhlas anda untuk membantu kami teruskan usaha yang murni ini.


Antara initiatif yang ingin kami laksanakan adalah membuka ‘Pondok Moden PERKIM’ sebagai pusat pemantapan aqidah dan pusat ilmu Islam secara percuma khususnya untuk golongan Muallaf dan Asnaf.

 

Sebagai galakkan, kami juga akan menghantar Muallaf dan / atau Asnaf yang telah dimantapkan aqidah mereka untuk menunaikan Umrah supaya mereka terus istiqomah dalam Islam, juga sebagai motivasi kepada Muallaf yang perlukan 'suntikan aqidah'.

 

Seringgit infaq anda kepada kami, mungkin membantu menyelamatkan aqidah seorang Muslim (Muallaf / asnaf).

 



Infaqlah sekarang, walau RM1.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 01, 2021

RADIN FAIRUZ RADIN BAIDAWI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2021

Kempen Sumbangan Tamat