Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada May 09, 2024
RM530 / 5.30 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masjid Al Makmur Kg Seri Makmur, Parit Sangit adalah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Lubuk, Batu Pahat, Johor. Bangunan masjid ini telah dibina lebih 50 tahun yang lepas dan mempunyai jemaah kariah berjumlah kira-kira 200 orang dari sekitar Kg Seri Makmur, Parit Sangit serta kawasan Jalan Batu Putih Darat.
Masjid Al Makmur ini mempunyai binaan separa papan dan batu. Keuzuran masjid ini kian ketara dari masa ke semasa. Walaupun telah beberapa kali diperbaiki, namun, akhirnya terpaksa akur kepada kehendak zaman.
Antara cadangan adalah mengadakan pusat aktiviti warga emas serta aktiviti sukan seperti memanah. Perancangan juga dilakukan untuk menjadikan masjid ini mesra internet dan mesra jemaah sesuai dengan peredaran zaman. Menjadikan masjid ini sebagai pusat penyebaran maklumat serta menjadi pusat pertemuan masyarakat. Menggabungkan teknologi moden dan tradisi lama sebagai pemangkin untuk melahirkan jemaah yang berilmu dan beriman.
“Sesiapa yang menunjukkan kepada perkara kebaikan nescaya dikurniakan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang melakukan kebaikan tersebut” (Hadith Riwayat Muslim)
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah Al Baqarah, ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
ALAUDEEN MOHD MAIDEEN
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 10, 2024